Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan
"Cara paling mudah untuk berjaya di Internet adalah dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya. Anda tidak perlu mencipta teknik atau kaedah baru. Saya mengikuti jejak langkah jutawan-jutawan di Internet di seluruh dunia...
...oleh sebab itulah saya berjaya!" Irfan Khairi, Selamat Pagi Malaysia, TV1
Sekiranya kita melihat perniagaan-perniagaan yang berjaya, kebanyakannya sedia mempunyai seorang personaliti, contoh, Tony Fernandez untuk Air Asia, Bill Gates untuk Microsoft, Steve Jobs untuk Apple.
Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan, jadikan diri anda “personaliti” dan “duta” kepada perniagaan anda. Manusia lebih mudah berhubung dengan “orang” berbanding dengan produk, perkhidmatan atau perniagaan.
Steve Jobs sebagai duta produk sendiri - Ipad!
1.Langkah pertama
Menjadi “personaliti” kepada perniagaan kita adalah pastikan perniagaan yang kita jalankan “ngam” dengan diri kita sendiri. Maksudnya, sekiranya jual produk kesihatan, pastikan diri kita sedia sihat tubuh badan. Kalau jual produk kecantikan, pastikan diri kita juga boleh tahan cantik juga. Kalau jual produk IT, pastikan diri kita tak pula buta IT! Dapatkan produk yang terbaik untuk diri kita… yang paling ngam!
2.Langkah kedua
Amat penting adalah, asahkan skil komunikasi anda, terutamanya dalam menyampaikan maklumat, idea, info mengenai perniagaan yang anda jalankan. Practice makes perfect. Latih diri sendiri beratus kali dalam berkomunikasi mengenai produk dan perkhidmatan yang kita ingin niagakan. Sehingga perniagaan dan komunikasi anda menjadi sebati.
Jadilah “duta” kepada perniagaan anda sendiri seperti perniagaan-perniagaan yang berjaya lain!
No comments:
Post a Comment